Sunday 15 November 2015

Drama Hello Mr.Perfect


Sinopsis Drama Hello Mr Perfect
Drama Hello Mr Perfect mengisahkan tentang Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah yang saling mencintai dan telah merancang untuk berkahwin. Namun keluarga Arif mementingkan peraturan langkah bendul, iaitu selagi abang sulungnya belum berkahwin, Arif tidak boleh berkahwin. Lebih merumitkan keadaan, keluarga Ainul hanya memberinya tempoh masa selama enam bulan. Akibat dari itu, Arif terpaksa mencari jalan penyelesaian.
Abang sulung Arif, Muhammad Izzul Islam terlalu mahukan kesempurnaan dalam mencari pasangan. Biarpun dia menjadi idaman ramai kerana rupa parasnya yang kaca dan susuk badannya yang tinggi, Izzul sangat cerewet dan mahukan seorang pasangan yang sempurna. Kerapkali ada sahaja gadis yang mendampinginya tetapi tidak seorang pun yang mampu bertahan dengan sikap Izzul.
Kerana terlalu desak mengejar tempoh masa yang ditetapkan oleh keluarga Ainul, Arif berusaha untuk mendapatkan calon isteri untuk abangnya. Malah dia sanggup menawarkan RM 500,000 kepada mana-mana gadis yang sudi berkahwin dengan abangnya.
Nak dijadikan cerita, seorang gadis bernama Alya Adriana yang sangat memerlukan wang untuk membayar hutang keluarganya, menawarkan diri untuk menjadi isteri kepada Izzul.
Dapatkah Alya bertahan dengan sikap Izzul yang terlalu mengejar kesempurnaan?


Tonton Hello Mr. Perfect

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod  9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20Episod 21
Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25Episod 26Episod 27Episod 28

Download Hello Mr. Perfect

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod  9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20Episod 21
Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25Episod 26Episod 27Episod 28


Subscribe to get more videos :