Sunday 15 November 2015

Drama Dhia Sofea



Sinopsis Drama Dhia Sofea
Drama Dhia Sofea mengisahkan tentang seorang gadis bernama Dhia Sofea. Dalam satu majlis hari jadi yang diaturkan untuk menyambut kepulangannya, Mak Yam telah maklumkan bahawa Dhia Sofea cuma anak angkatnya
23 tahun yang lalu, satu pasangan muda telah menyerahkan Dhia Sofea kepada Mak Yam. Mak Yam tidak mengenali pasangan tersebut. Wanita itu datang berkelubung dan langsung tidak kelihatan wajahnya manakala lelaki itu pula sekadar memberikan duit sebanyak RM500 kepada Mak Yam untuk menjaga bayi mereka itu. Selepas itu pasangan itu tidak pernah kembali lagi.
Dhia Sofea dibesarkan oleh Mak Yam dengan penuh kasih sayang. Begitu juga dengan Din, seorang anak yatim piatu yang turut menumpang kasih dengan Mak Yam. Dalam diam, Din jatuh cinta pada Dhia Sofea tetapi tidak meluahkannya kerana Dhia Sofea ada teman lelaki bernama JJ.
Setelah mendapat tahu bahawa dia sekadar anak angkat, Dhia Sofea mula mencari ibu dan ayahnya. Dia hanya mempunyai seutas rantai berhuruf M yang dapat dijadikan bukti. Suatu hari Dhia Sofea ke rumah JJ kerana menghadiri majlis harijadi. Dia terjumpa sekeping gambar lama di rumah JJ yang dirasakan ada kaitan dengannya. JJ memberitahu bahawa wanita dalam gambar tersebut adalah ibunya Lorena.
Dhia sengaja berpindah ke Kuala Lumpur dan tinggal di rumah Makciknya Cik Non sebagai alasan untuk mendekati Lorena. Suatu hari dia berpeluang menyoal Lorena berkaitan loket rantai yang dimilikinya. Namun Lorena tidak mahu mengaku. Dhia berasa putus asa namun JJ berjanji untuk membantunya mencari bukti.
Dalam masa yang sama Lorena pergi bertemu dengan sahabat baiknya Dolly. Lorena risau jika rahsia terbongkar, kerjaya suaminya akan musnah. Dolly membuat perancangan untuk menghapuskan Dhia.
Dapatkah Dhia Sofea mencari ibu bapa kandungnya atau akan berlaku tragedi? Apa pula rahsia yang cuba disembunyikan oleh Lorena dan Dolly?

Tonton Dhia Sofea

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod  9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14

Download Dhia Sofea

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod  9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
-

Subscribe to get more videos :