Wednesday 10 September 2014

Cinta Ibadah



Telenovela Cinta Ibadah mengisahkan tentang pasangan bahagia suami isteri iaitu Siti (Aishah Ilias) dan Hafiz (Fattah Amin). Kehidupan bahagia pasangan ini mula goyah apabila Siti disahkan menghidap penyakit barah. Siti mengambil keputusan untuk merahsiakan tentang penyakit yang dihadapi daripada pengetahuan suaminya.
Tidak mahu Hafiz mengesyaki perkara sebenar mengenai kesihatanya, Siti meminta pertolongan Rina (Aishah Ilias) yang secara kebetulan memiliki raut wajah seiras dengannya bagi ‘mengantikan’ tempatnya sementara dia menjalani rawatan di hospital.
Siti diperkenalkan kepada Rina oleh Dr. Irma (Sherry Ibrahim) yang kebetulan mengenalinya di hospital. Pada asalnya Rina agak keberatan namun akhirnya bersetuju apabila Siti menyatakan yang dia akan menanggung segala perbelanjaan rawatan ibu Rina yang sedang sakit.
Keadaan makin sukar apabila Rina yang sepatutnya ‘menggantikan’ Siti mula menyimpan perasaan cinta terhadap Hafiz.
Tonton

Episod 1Episod 2

Subscribe to get more videos :